Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) bakal membuka tirainya pada 1 November ini, bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124). Dato’ AC Mizal kekal sebagai pengacara dan empat barisan juri akan diumumkan pada minggu pertama MLM 2019.
Senarai Peserta MLM2019
- Bocey (Achey, Abam, Fad)
- Zero (Syarif, Atu, Syaiful)
- Rare (Ajak, Ropie, Pak Ya)
- Puteh (Mamak, Man, Ali)
- Stone (Mamat, Azlee, Acong)
- Jambus (Tauke, Tapai)
- Rojak (Chiwan, Bell, Rahim)
- J-Born (Khir Rahman, Joey, Vicha)
- Smart (Zam, Aliff Yasraff, Am Ketampi)
- Rahmet (Solo) dari Indonesia
- Cali (Tony, Khai) dari Brunei – Tersingkir
- Popon (Solo) dari Indonesia – Tersingkir
- On X On (Gibob, Che Mat, Azrul) – Tersingkir
- Halus (Farid, Filzah) – Tersingkir
Tonton Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019)
Barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua
peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta
berkumpulan – Cali dari Brunei, Bocey, Zero, Rare, Puteh, Stone, Jambus,
Rojak dan juga juara program ‘Muzikal Lawak Superstar’ musim pertama,
J-Born.
MLM kali ini membawakan satu episod istimewa, ‘Maharaja Lawak Mega 2019 –
Kerusi Panas’ atau ‘Hot Seat’ yang bakal menyaksikan 12 peserta lawak
berentap untuk meraih kedudukan di pentas utama MLM 2019. ‘MLM 2019 –
Kerusi Panas’ ini akan bersiaran seminggu lebih awal pada 25 Oktober
2019, Jumaat, jam 9.00 malam. Dihoskan olehNabil Ahmad dan diadili oleh
Sabri Yunus, Fasha Sandha dan Mejar David Teo.
Format pemarkahan kekal, 70% pemarkahan akan diberikan oleh barisan juri
tetap manakala 30% daripada undian penonton melalui perkhidmatan
pesanan ringkas (SMS) dan juga di lawan sesawang
http://www.gempak.com/maharajalawakmega

